Sunday, May 8, 2011

SELAMAT HARI IBU...


Tanggal 8 Mei 2011 merupakan hari yang amat bermakna buat insan yang bergelar IBU, UMMI, MAK, MUMMY dan sebagainya. Ini kerana pada tanggal ini, semua meraikan sambutan hari ibu. Sambutan yang merupakan satu penghargaan atas segala pengorbanan dan jasa bakti seorang ibu.Walaupun sejarah sambutan hari ibu banyak dikaitkan dengan pelbagai spekulasi seperti perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar Equinoks Musim Bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga18 Mac. Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini. Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka.


Walau bagaimanapun, halal atau haram sambutan itu bergantung kepada niat kita sendiri.Sebetulnya, setiap hari kita sayangkan ibu kita. Namun bila ada sambutan hari ibu macam ni, tak salah jika kita nak gembirakan ibu kita contoh macam nak bagi hadiah ke, rasanya itu tak salah..Hari Ibu juga menjadi pengerat silaturrahim buat sesetengah keluarga kerana pada hari ibu lah anak2 akan menelefon dan bertanya khabar ibunya, pada hari ibu lah ibu-ibu boleh berehat dan makan diluar atau pun bercuti.malah itu satu pahala sebab menggembirakan ibu kita. Dan sebagai orang Islam, yang lebih afdal adalah kita mendoakan kesejahteraan ibu kita dunia dan akhirat.

Marilah sama2 kita mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan kepada kedua ibu bapa kita.


“Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku.Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil lagi”. amiiinnn


“SELAMAT HARI IBU”

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment