Tuesday, November 15, 2011

Kacang Soya VS Kurma



Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsikan sebaliknya.

Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita. Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaranhaid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1) : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2) : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walau bagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3) : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

(4) : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.
Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji



Sumber : http://adanaberkat-petuaideadanpandangan.blogspot.com/2011/03/kacang-soya-mengalih-kita-dari.html

Baca Seterusnya...

Sunday, October 30, 2011

PERBEZAAN ANTARA IKAN KELI HALAL DAN IKAN KELI HARAM


Wah....lama betol Cik Mutiara tak update blog...bizi sesangat kot..hehe..pa pe pun ari ni Cik Mutiara nak share 1 info ni...Hope bleh sama2 kongsi maklumat berguna untuk semua. Cik Mutiara pasti ramai orang Malaysia minat makan ikan keli..Sodappp je rasa dia kan..Bagi yang muslim Cik Mutiara nak bagi petua la sket..petua ni Cik Mutiara amik kat link ni.. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=150528971660743&set=a.150528391660801.25895.146449658735341&type=1&ref=nf . Jom sama2 baca maklumat pasal ikan keli ni.


Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.

WallahuA'lam


Baca Seterusnya...

Monday, May 30, 2011

Mau Kulit Gebu???Ni rahsianya........


Ari ni Cik Mutiara nak share rahsia utk dapatkan kulit halus+mulus+gebu..hehehehe

Mahukan wajah yang tidak berminyak?Ringan?berseri2??? Ni adalah produk yang paling tepat..

Natureactor Cover Cream merupakan foudation yang dapat menutup semua cela2 di wajah. Ia diperbuat dari bahan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan organik dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kulit.


Kelebihan Natureactor Cover Cream:-

  • Anti kilauan, tidak berminyak
  • 100% menutupi pigmentasi, cela,parut, jerawat dan noda hitam
  • Ringan dan lembut pada kulit seakan-akan anda tidak memakainya
  • Melindungi kulit dari sinar UV yang menyebabkan pigmentasi
  • Senang digunakan dan tidak melekit
  • Bertahan hingga 12jam tidak seperti bedak lain yang hanya bertahan 1 jam sahaja
  • Tidak menutupi pori2
  • Sering digunapakai oleh make up artis profesional
Berminat untuk mencuba?order la skang to anilza@gmail.com atau bleh bersoal jawab dengan tuan punye bisnes at facebook.com/innilza78.

Cik Mutiara dah try...puas ati betol...lalalalalalaalala..tiada lagi masalah dan lebih yakin untuk melangkah..hehehe.Memang berbaloi-baloi!

p/s: pssst!untuk puan azlini, sila bagi diskaun kepada cik mutiara sebab tolong promote dengan sukarela..hahaha

Baca Seterusnya...

Sunday, May 29, 2011

eRti SeBuaH KasiH SaYanG

Ari ni Cik Mutiara terima 1 mesej dari insan tersayang..suke sangat2!hehe...mendalam je maksud dia..meh kite kongsi sama2 yer.wat pengajaran pun boleh ni..layan...

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar:"Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?"

Cikgu:"Ok..kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu.Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali.Dan petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas."

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgu bertanya:

"Kenapa tiada rumput yang dipilih?"

Pelajar:"Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Tapi cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiada lah rumput yang saya petik."

Cikgu:"Ya, itulah jawapannya.Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, jangan lah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu.Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya, Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap berlaku.Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun nak diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

Baca Seterusnya...

Thursday, May 26, 2011

JODOH...


Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.Usia 25 tahun rasanya belum terlalu lewat dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 selepas sembahyang.

Allah Maha Mendengar,
wanita baik untuk lelaki baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap menafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.Hakikatnya apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita bahagianya orang itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai karenah.Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah(walau pun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Keyika kita terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal sipenunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah2 bandaraya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkih ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkah kaki ke alam rumahtangga.Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya anda akan membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri, jangan berkahwin dulu.Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupu ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwinan itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan-bagi yang menegtahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan NabiNya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

seorang teman pernah berpesan..
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana hilangnya sinar..Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi..."

Baca Seterusnya...

Monday, May 23, 2011

Apakah Kanser Serviks?


Hari ni Cik Mutiara nak share dengan korang semua tentang Kanser Serviks.Hope info ni boleh memberi panduan dan pendedahan untuk semua kaum wanita dan untuk info bagi kaum lelaki juga.

Kanser serviks merupakan diantara barah yang kerap terjadi kepada wanita yang menyerang organ reproduksi. Ia terjadi apabila sel yang normal pada serviks (pangkal rahim) bertukar menjadi sel barah. Kanser serviks terjadi disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV) yang berjangkit melalui hubungan seks.Apabila wanita terdedah kepada HPV, sistem imun badan selalu dapat menangkis serangan virus ini dari menjangkiti wanita tetapi bagi sebahagian kecil wanita, virus berpeluang hidup bertahun-tahun sehingga ia menukar sel yang terdapat pada permukaan serviks kepada sel kanser.Separuh dari kanser ini terjadi pada mereka yang berusia 35-55 tahun.Dengan ujian saringan pap smear, kadar kematian kanser serviks berkurangan dengan banyak. Walau bagaimanapun ia masih merupakan pembunuh ke-2 selepas kanser payudara.

Tanda dan Gejala

Anda mungkin tidak mengalami sebarang tanda terutama pada peringkat awal. Apabila semakian serius anda mungkin akan mengalami gejala berikut :

  • Pendarahan semasa bersama
  • Pendarahan ditengah bulan
  • Pendarahan selepas menopous
  • Keluar lendir berdarah dan berbau busuk dari faraj
  • Sakit semasa hubungan intim
Siapa wanita yang berisiko?

Antara wanita yang berisiko untuk menghidapi kanser serviks ialah:

  • Mempunyai pasangan berbilang
  • Aktiviti seks bermula sebelum usia 18 tahun
  • Mengalami jangkitan kuman seperti sifilis, gonorea, chalmydia atau HIV
  • Kurang daya tahan imun
  • Merokok
Apakah doktor akan lakukan sekiranya wujud gejala di atas?

  1. Ujian Pap
Doktor akan mengambil sedikit tisu pada permukaan serviks untuk mengesan sebarang ketidaknormalan pada serviks seperti sel pra barah. Ujian ini digalakkan dilakukan setiap tahun untuk pengesanan peringkat awal.

2. Ujian HPV

Ujian ini boleh mengesan kuman HPV yang spesifik terhadap kanser serviks seperti strain 16 dan 18, iaitu penyebab utama kanser serviks.

3. Colposcopy

Doktor akan menggunakan mikroskop yang khas untuk memeriksa pangkal rahim. Sekiranya terdapat ketidaknormalan, biopsi kon akan dibuat sekiranya didapati sel barah telah merebak lebih dalam.

4. Rawatan

Rawatan yang diberikan bergantung kepada tahap kanser tersebut.Sekiranya diperingkat awal, pembedahan buang rahim akan disarankan dan pembedahan lebih radikal akan dilakukan sekiranya kanser sudah merebak ke organ berdekatan.Rawatan sampingan lain termasuk radiasi dan kemoterapi.

Bagaimana untuk mencegah?

Anda boleh mengurangkan risiko untuk mendapat kanser pangkal kanser rahim dengan mencegah jangkitan kuman HPV. Jangkitan HPV boleh dikurangkan dengan:

  1. Elakkan hubungan seks diusia muda
  2. HUbungan seks dengan 1 pasangan sahaja
  3. Tidak merokok
  4. Mendapat imunisasi terhadap jangkitan HPV
  5. Suntikan Vaksin
Sekarang terdapat vaksin yang boleh mencegah kebanyakan dari strain HPV yang menjadi punca kepada kanser serviks. Gadis seawal usia 13 tahun adalah digalakkan untuk mengambil vaksin ini. Ia boleh mencegah sehingga 70% dari jangkitan HPV.Vaksin boleh didapati di mana2 klinik GP atau klinik pakar berdekatan.

Cik Mutiara berharap supaya kita semua terlindung dari Kanser yang berbahaya ini..AMIIIINN

Baca Seterusnya...

Sunday, May 22, 2011

Bagaimana untuk tidur sampai pagi...


Pernah tak masa tengah best2 duk layan mimpi indah malam2 tiba2 jer korang tersedar??Terus jadik x best kan?kan?kan?sebab kena g keje lagi pastu.Mesti korang tensen giler kan..Meh sini Cik Mutiara nak share sket maklumat yang Cik Mutiara survey2 ari ni cara mengatasinya.Hope info ni bleh tolong korang tido dengan nyenyaknye sampai la pagi esok dan bertenaga untuk meneruskan tugas harian.Check it out!

1. Amalkan untuk sentiasa berada dalam keadaan gelap

Tutup semua lampu bilik tidur anda. Biarkan sedikit cahaya dari luar masuk ke bilik supaya keadaan menjadi suram.Sekiranya anda mahu ke tandas, jgn pasangkan lampu utama. Keadaan yang gelap dan suram membantu untuk anda terus mengantuk dan boleh menyambung tido anda selepas melepaskan 'hajat'.

2. Jarakkan tempat letak jam

Terus menerus memeriksa jam anda dan hitung brapa lama lagi masa yang ada untuk anda tido sebelum tiba waktu untuk pegi keje. "Oh, alamak! saya cuma ada masa 5 jam untuk tido!"Terus kunci penggera jam dan letak jam jauh2 supaya anda tidak dapat menghitungnya lagi. Jarak jam yang jauh membuatkan anda malas untuk bangun dari tidur dan ini mendorong anda untuk terus bermalasan dan melayan perasaan mengantuk anda.

3. Tuliskan senarai kebimbangan anda

Kalau anda tidak dapat tidur kerana ada benda yang merisaukan, tulis masalah tersebut pada buku nota dalam keadaan lampu suram. Tulis segala masalah yang dihadapi dan biarkan.Di pagi hari nanti, jadikan masalah yang anda senaraikan itu sebagai tugasan untuk diselesaikan hari ini.Anda tidak akan terganggu lagi untuk tido pada malam esoknya.

4. Bernafas dan Bertenang

Terdapat 3 langkah untuk mendorong anda supaya senang tidur. Pertama, lakukan pernafasan perut. Tarik nafas dalam2 sehingga dada anda turun naik.Kedua, regangkan tubuh anda dari kaki hingga ke leher.Akhir sekali, bayangkan anda berada di tempat yang paling indah. Bayangkan anda mendengar deruan ombak di pantai. ulangi langkah2 tersebut dengan urutan yang sama sekiranya cubaan kali pertama tidak berjaya. Insyaallah menjadi!

5. Jangan tidur siang

Tidur siang yang terlalu banyak menyukarkan anda tidur pada malam hari.Elakkan tidur selepas jam 3.00 petang.

6. Membaca

Membaca sesuatu yang tidak diminati mendorong mata mengantuk.Pilih bahan bacaan yang kecil tulisannya ataupun mempunyai lampiran yang perlu dibelek berkali2.Ini akan menyebabkan anda bosan dan mengantuk.


Dapatkan tido yang berkualiti ye.....gud luck! (^_^)

Baca Seterusnya...