Monday, May 23, 2011

Apakah Kanser Serviks?


Hari ni Cik Mutiara nak share dengan korang semua tentang Kanser Serviks.Hope info ni boleh memberi panduan dan pendedahan untuk semua kaum wanita dan untuk info bagi kaum lelaki juga.

Kanser serviks merupakan diantara barah yang kerap terjadi kepada wanita yang menyerang organ reproduksi. Ia terjadi apabila sel yang normal pada serviks (pangkal rahim) bertukar menjadi sel barah. Kanser serviks terjadi disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV) yang berjangkit melalui hubungan seks.Apabila wanita terdedah kepada HPV, sistem imun badan selalu dapat menangkis serangan virus ini dari menjangkiti wanita tetapi bagi sebahagian kecil wanita, virus berpeluang hidup bertahun-tahun sehingga ia menukar sel yang terdapat pada permukaan serviks kepada sel kanser.Separuh dari kanser ini terjadi pada mereka yang berusia 35-55 tahun.Dengan ujian saringan pap smear, kadar kematian kanser serviks berkurangan dengan banyak. Walau bagaimanapun ia masih merupakan pembunuh ke-2 selepas kanser payudara.

Tanda dan Gejala

Anda mungkin tidak mengalami sebarang tanda terutama pada peringkat awal. Apabila semakian serius anda mungkin akan mengalami gejala berikut :

  • Pendarahan semasa bersama
  • Pendarahan ditengah bulan
  • Pendarahan selepas menopous
  • Keluar lendir berdarah dan berbau busuk dari faraj
  • Sakit semasa hubungan intim
Siapa wanita yang berisiko?

Antara wanita yang berisiko untuk menghidapi kanser serviks ialah:

  • Mempunyai pasangan berbilang
  • Aktiviti seks bermula sebelum usia 18 tahun
  • Mengalami jangkitan kuman seperti sifilis, gonorea, chalmydia atau HIV
  • Kurang daya tahan imun
  • Merokok
Apakah doktor akan lakukan sekiranya wujud gejala di atas?

  1. Ujian Pap
Doktor akan mengambil sedikit tisu pada permukaan serviks untuk mengesan sebarang ketidaknormalan pada serviks seperti sel pra barah. Ujian ini digalakkan dilakukan setiap tahun untuk pengesanan peringkat awal.

2. Ujian HPV

Ujian ini boleh mengesan kuman HPV yang spesifik terhadap kanser serviks seperti strain 16 dan 18, iaitu penyebab utama kanser serviks.

3. Colposcopy

Doktor akan menggunakan mikroskop yang khas untuk memeriksa pangkal rahim. Sekiranya terdapat ketidaknormalan, biopsi kon akan dibuat sekiranya didapati sel barah telah merebak lebih dalam.

4. Rawatan

Rawatan yang diberikan bergantung kepada tahap kanser tersebut.Sekiranya diperingkat awal, pembedahan buang rahim akan disarankan dan pembedahan lebih radikal akan dilakukan sekiranya kanser sudah merebak ke organ berdekatan.Rawatan sampingan lain termasuk radiasi dan kemoterapi.

Bagaimana untuk mencegah?

Anda boleh mengurangkan risiko untuk mendapat kanser pangkal kanser rahim dengan mencegah jangkitan kuman HPV. Jangkitan HPV boleh dikurangkan dengan:

  1. Elakkan hubungan seks diusia muda
  2. HUbungan seks dengan 1 pasangan sahaja
  3. Tidak merokok
  4. Mendapat imunisasi terhadap jangkitan HPV
  5. Suntikan Vaksin
Sekarang terdapat vaksin yang boleh mencegah kebanyakan dari strain HPV yang menjadi punca kepada kanser serviks. Gadis seawal usia 13 tahun adalah digalakkan untuk mengambil vaksin ini. Ia boleh mencegah sehingga 70% dari jangkitan HPV.Vaksin boleh didapati di mana2 klinik GP atau klinik pakar berdekatan.

Cik Mutiara berharap supaya kita semua terlindung dari Kanser yang berbahaya ini..AMIIIINN

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment