Sunday, May 29, 2011

eRti SeBuaH KasiH SaYanG

Ari ni Cik Mutiara terima 1 mesej dari insan tersayang..suke sangat2!hehe...mendalam je maksud dia..meh kite kongsi sama2 yer.wat pengajaran pun boleh ni..layan...

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar:"Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?"

Cikgu:"Ok..kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu.Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali.Dan petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas."

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgu bertanya:

"Kenapa tiada rumput yang dipilih?"

Pelajar:"Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Tapi cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiada lah rumput yang saya petik."

Cikgu:"Ya, itulah jawapannya.Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, jangan lah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu.Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya, Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap berlaku.Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun nak diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

4 comments:

  1. emm..sungguh mendalam maksudnye..

    ReplyDelete
  2. sbb tu la cik mutiara malika kena cpt2 tukar nama blog kepd mutiara CHE MADLIKA. Jgn plh yg nmpk lg kt dpn tu..plih je yg ade dpn mata.....hehehe...

    ReplyDelete