Sunday, May 22, 2011

Bagaimana untuk tidur sampai pagi...


Pernah tak masa tengah best2 duk layan mimpi indah malam2 tiba2 jer korang tersedar??Terus jadik x best kan?kan?kan?sebab kena g keje lagi pastu.Mesti korang tensen giler kan..Meh sini Cik Mutiara nak share sket maklumat yang Cik Mutiara survey2 ari ni cara mengatasinya.Hope info ni bleh tolong korang tido dengan nyenyaknye sampai la pagi esok dan bertenaga untuk meneruskan tugas harian.Check it out!

1. Amalkan untuk sentiasa berada dalam keadaan gelap

Tutup semua lampu bilik tidur anda. Biarkan sedikit cahaya dari luar masuk ke bilik supaya keadaan menjadi suram.Sekiranya anda mahu ke tandas, jgn pasangkan lampu utama. Keadaan yang gelap dan suram membantu untuk anda terus mengantuk dan boleh menyambung tido anda selepas melepaskan 'hajat'.

2. Jarakkan tempat letak jam

Terus menerus memeriksa jam anda dan hitung brapa lama lagi masa yang ada untuk anda tido sebelum tiba waktu untuk pegi keje. "Oh, alamak! saya cuma ada masa 5 jam untuk tido!"Terus kunci penggera jam dan letak jam jauh2 supaya anda tidak dapat menghitungnya lagi. Jarak jam yang jauh membuatkan anda malas untuk bangun dari tidur dan ini mendorong anda untuk terus bermalasan dan melayan perasaan mengantuk anda.

3. Tuliskan senarai kebimbangan anda

Kalau anda tidak dapat tidur kerana ada benda yang merisaukan, tulis masalah tersebut pada buku nota dalam keadaan lampu suram. Tulis segala masalah yang dihadapi dan biarkan.Di pagi hari nanti, jadikan masalah yang anda senaraikan itu sebagai tugasan untuk diselesaikan hari ini.Anda tidak akan terganggu lagi untuk tido pada malam esoknya.

4. Bernafas dan Bertenang

Terdapat 3 langkah untuk mendorong anda supaya senang tidur. Pertama, lakukan pernafasan perut. Tarik nafas dalam2 sehingga dada anda turun naik.Kedua, regangkan tubuh anda dari kaki hingga ke leher.Akhir sekali, bayangkan anda berada di tempat yang paling indah. Bayangkan anda mendengar deruan ombak di pantai. ulangi langkah2 tersebut dengan urutan yang sama sekiranya cubaan kali pertama tidak berjaya. Insyaallah menjadi!

5. Jangan tidur siang

Tidur siang yang terlalu banyak menyukarkan anda tidur pada malam hari.Elakkan tidur selepas jam 3.00 petang.

6. Membaca

Membaca sesuatu yang tidak diminati mendorong mata mengantuk.Pilih bahan bacaan yang kecil tulisannya ataupun mempunyai lampiran yang perlu dibelek berkali2.Ini akan menyebabkan anda bosan dan mengantuk.


Dapatkan tido yang berkualiti ye.....gud luck! (^_^)

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment