Thursday, May 26, 2011

JODOH...


Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.Usia 25 tahun rasanya belum terlalu lewat dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 selepas sembahyang.

Allah Maha Mendengar,
wanita baik untuk lelaki baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap menafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.Hakikatnya apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita bahagianya orang itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai karenah.Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah(walau pun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Keyika kita terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal sipenunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah2 bandaraya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkih ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkah kaki ke alam rumahtangga.Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya anda akan membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri, jangan berkahwin dulu.Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupu ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwinan itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan-bagi yang menegtahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan NabiNya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

seorang teman pernah berpesan..
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana hilangnya sinar..Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi..."

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment