Wednesday, May 11, 2011

Bimbinglah anak2 anda supaya........


Walau pun Cik Mutiara Malika ni masih xde anak lagi, at least biar la cik mutiara kongsi sikit2 ilmu yang dia tahu ni.Of course sebagai parent kita nak anak2 kita menjadi anak yang baik, soleh dan mendengar kata ibu bapa kan?kan?kan?Jadikan 18 perkara ni untuk rujukan korang ye...layannnnn...

1. Ajar anak2 ketika meminta atau mahukan sesuatu mulakan dengan perkataan 'tolong'.

2. Sekiranya menerima sesuatu, biasakan dengan mengucapkan 'terima kasih'.

3. Didik anak2 supaya tidak mengganggu/menyampuk melainkan hal2 kecemasan sahaja dan biarkan mereka menunggu sehingga perbualan anda selesai.

4. Sekiranya perlu menyampuk/mengganggu, mulakan dengan perkataan 'maafkan saya'.

5. Ajar anak2 sekiranya mereka ragu2 untuk melakukan sesuatu, minta kebenaran terlebih dahulu supaya tidak dimarahi anda.

6. Didik anak2 supaya tidak mendengar perbualan orang dewasa kerana ada kemungkinan perbualan tersebut tidak sesuai dengan usia mereka.

7. Jangan mengejek fizikal orang lain di hadapan anak2 melainkan untuk memuji mereka.

8. Biasakan anak2 untuk bertanya 'apa khabar' kembali kepada orang yang bertanya khabar mereka.

9. Biasakan anak2 untuk memberi salam atau mengetuk pintu rumah sehingga mendapat respon sebelum masuk.

10. Jangan sesekali menggunakan perkataan2 kasar dan tidak sopan di hadapan anak2 kerana minda mereka mudah terpengaruh melalui orang2 yang rapat dengan mereka.

11. Biasakan anak2 untuk memanggil 'mak cik, pak cik, kakak, abang' kepada orang yang lebih tua dari mereka.

12. Sekiranya anak2 terlanggar seseorang, didik mereka untuk mengatakan 'maafkan saya'.

13. Ajar anak2 adab ketika bersin dan batuk.

14. Apabila berjalan melalui pintu, biasakan anak2 kalau2 mereka boleh membuka pintu untuk orang di belakang.

15. Sekiranya melihat seseorang sedang mengerjakan sesuatu, didiklah anak2 supaya menghulurkan pertolongan. Mungkin mereka boleh mempelajari sesuatu yang baru dalam hidup mereka.

16. Biasakan anak2 untuk memberikan bantuan dengan senyuman kepada orang yang meminta bantuan.

17. Ajar anak2 menggunakan perlatan makan dengan betul seperti cara makan menggunakan sudu&garpu, cara mencuci tangan dan sebagainya.

18.Bekalkan anak2 dengan ilmu dunia dan akhirat.

Moga2 entri ini boleh membantu korang yang dah ada anak atau yang bakal ada anak. Sayangilah keluarga anda kerana mereka adalah anugerah yang tidak ternilai. Moga2 dikurniakan zuriat yang baik dan soleh/solehah. Amiiinnn.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment